Thursday, June 30, 2011

Jun yang pasti akan berakhir

sedar tak sedar hari ni Jun sudah melabuhkan tirai, rasa cepatnya masa berlalu...ouh..sekarang ni masih lagi berada di ofis... untuk kali yang terakhir untuk bulan Jun...dan mungkin tiada lagi Jun di Melaka untuk kali yang lain. mungkin Jun yang lain akan berada di destinasi yang belum pasti.

yang pastinya aku akan sentiasa merindui Jun di Melaka, Pangsapuri Kenanga, Nasi Lemak pakcik tepi surau yang sedap, Pantai Puteri, Jonker Walk, Taman Botanikal, Pahlwan Walk, DP, MP...semuanya akan sentiasa terpahat di hati...yang pasti satu hari nanti aku pasti  semua yang ada di Melaka akan aku rindu.

surat yang dihantar dikembalikan kerana mahu memberi peluang untuk berfikir semasak-masaknye...tapi Jun bakal berakhir ini menjadi tanda yang semua di Melaka akan aku tinggalkan...aku bukan tidak betah untuk terus berada disini cuma, tapi,aku dahagakan perubahan yang satu itu.

terima kasih untuk orang Melaka yang sudi menjadikan aku kawan mereka,
terima kasih orang Melaka yang sudi memberikan kasih sayang kepada aku kala aku sendiri,
terima kasih untuk segala jasa baik orang Melaka kepada aku,
xkan aku lupakan kalian sampai hujung nyawa aku,
walau dimana aku berada kalian tetap bersama aku,
dalam setiap hembuasan nafasku,
doakan aku, aku juga akan sentiasa mendoakan kalian...

dan unutk Jun yang akan berakhir,
semoga kau akan sentiasa mengenang Jun di Melaka.
dan semoga juga Jun yang akan datang tidak terus kejam kepada Jun yang bakal ditinggalkan...

No comments:

Post a Comment