apa perasaan kalo....
orang yang selama ni kau senanye sayang
orang yang selama ni kau pernah luahkan perasaan tapi dia xpaham
orang yang selama ni kau puja dalam diam
orang yang satu masa dulu pernah buat kau bahagia
orang yang kala "remaja" dulu pernah buat kau gembira
orang yang kau harapkan satu hari nanti jadi imammu
tiba-tiba kau terima perkhabaran yang dia sudah ada insan lain...
salah akukah kerana tidak berterus terang..
salah akukah kerana hanya memberi kata-kata yang xpasti...
atau salahkah aku kerana seakan berteka-teki..
maaf kerana aku perempuan yang diciptakan dengan
tebalnye perasaan malu..
tingginye perasaan segan..
mendalamnye semua perasaan itu sehingga
masa sekarang baru aku tahu yang semuanye sudah tiada untuk aku...
sungguh..
bila aku tahu status terbaru dirimu...
aku terkedu..terdiam..
xtahu nak gembira atau berduka..
entah mungkin tidak wajar perasaan ini kerana
mungkin kau tidak tahu aku sayang kamu..
boleh aku panggil kau sahabat??
maaf sahabat kerana aku begitu
maaf sahabat kerana aku begini
maaf sahabat kerana aku tahu
seharusnya aku tidak begitu
dan seharusnya tidak begini
dan untuk dirimu.
aku doakan yang terbaik...
aku pasti pilihanmu adalah yang terbaik untuk dirimu
"selamat hari lahir juga buatmu"
maaf kerana tiada ucapa terus kepadamu..
bukan kerana aku tidak mengingatimu sahabat
hanya sekadar aku tidak mahu "rasa itu" sentiasa ada untuk kau
"gunakan kesempatan untuk kebaikan
sebelum segalanye terlepas dari genggaman
kelak menyesal nanti tak berkesudahan
apa guna sesalan hanya menekan jiwa
jangan difikir derita akan berpanjangan
kelak akan membawa putus asa pada tuhan
ingatlah biasanye kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..."
credit to inteam ft raihan...kehidupan..
No comments:
Post a Comment