dengarlah kata-kataku,
sudah banyak purnama Taji Geruda menconteng arang dimuka kita,
memarut hati, mencantas tangan dan kaki,
ya...hamba Raja kepada kamu semua,
tapi untuk hari ini, hamba serupa dengan tuan hamba semua,
darah yang mengalir sama merahnya, sama pekatnya,
kita bernafas angin yang sama,
bumi yang kita pijak, langit yang kita junjung,
semuanya hak kita dan anak cucu kita,
hari ini mungkin ada yang takkan kembali,
ramai atau mungkin semua sekali akan rebah kebumi,
tapi apa gunanya hidup lama kalau tidak bebas
dan merdeka dari porak peranda Garuda,
sampai bila anak dara dan teruna kita,
mahu dijadikan magsa rakusnya lanun celaka,
ya, kita berjuang akan merampas tunangnya putera dari Rome ini,
tapi bukan itu sahaja sebabnya,
kita juga akan merampas maruah kita,
daulatnya Langkasuka bukan sahaja daulat hamba,
tapi daulat tanah kita semua,
hamba lebih rela mati daripada hidup sebagai abdi,
hamba kepada ketakutan da keganasan binatang-binatang itu,
demi maruah dan kesejahteraan negara kita,
marilah bersama kita tebas petualang bangsa .
No comments:
Post a Comment